Wednesday, November 23, 2016

Majlis Jamuan Akhir Tahun Tabika Kemas Kg Paya Kelubi

Persekolahan sudah tiba dipenghujungnya...selamat bercuti adik-adik..moga tahun depan kita dapat bersua kembali dalam menjalankan pelbagai aktiviti bersama Perpustakaan Desa Kg Paya kelubi.
Untuk Cikgu dan pembantu tabika moga kita terus mejalinkankan silatulrahim dan merancang aktiviti untuk tahun 2017 dalam memdidik dan memberi ilmu kepada anak-anak bangsa kita.Dan kepada ibu bapa yang banyak membantu dan mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Pd Kg Paya kelubi & Tabika Kemas moga terus bersama-sama kami dalam menjalankan pelbagai aktiviti dimasa akan datang...

terima kasih daun keladi , tahun depan kita jumpa lagi..:)


 ibu-ibu bersama anak-anak

 Bersama Cikgu Wan Munirah

 Tahniah Pn Suhaila atas kejayaan anak top
 5 Pelajar Cemerlang Kemas Parlimen Padang Besar

  tahniah adik Sufiya moga terus berjaya..
jangan lupa mai perpustakaan yer..

Tahniah buat semua adik-adik

Anugerah Khidmat Cemerlang 2014

Terima kasih buat Pengarah , Pegawai dan Penyelia yang memberi sokongan kepada kami sehingga layak menerima APC 2016..Moga kita semua dimurahkan rezeki..aminn..

 menerima sijil penghargaan

 bergambar kenangan bersama Puan Pengarah PNM

bergambar bersama Puan Pengarah PPANPs

bersama En Tarmizi & Pn Roshaina

Alhamdulillah


Tuesday, November 8, 2016

Lawatan Pemantauan Perkhidmatan Perpustakaan, Khidmat Nasihat Dan Meninjau Kerosakan Bangunan Perpustakaan Desa Di Perlis



Alhamdulillah...Majlis Lawatan Oleh :

En Mustafa Bin Daud ( Penolong Pengarah Kanan , BPPD )  dan                    
En Sam Sani ( Penolong Jurutera , BPPD )

Pada : 07 November 2016

Lawatan berjalan dengan lancarnya..Syukur KepadaNya dengan izin Allah Pd Kg Paya Kelubi tersenarai antara Pd yang terpilih untuk lawatan pada kali ini.Terima kasih juga buat En Tarmizi , Penyelia-Penyelia dan ajk-ajk penyelengaraan PPANPs yang turut hadir.

Lawatan ini amatlah bermakna dan memberi peluang kepada petugas untuk memaklumkan permasalah dan penambahbaikan di PD serta mendapat nasihat, tunjuk ajar dan dan pandangan yang diberikan oleh En Mus dan En Sam kepada Saya.Terima kasih di ucapkan atas keprihatinan dan tindakan yang diambil terhadap permasalahan yang telah diusulkan...

Terima Kasih Buat Semua Yang Hadir Dan Membantu...:)


En Mus dan En Sam
tandatangan pelawat


bergambar kenangan



Sunday, November 6, 2016

Program Ziarah KRT Seri Panji



Program di adakan pada 06.11.2016 , anjuran KRT Seri Panji , Ajk krt mengziarahi setiap rumah penduduk Kg Paya Kelubi yang kurang upaya , tidak sihat , dan miskin untuk bertanya khabar dan berbual mesra untuk menghiburkan hati mereka serta memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang terlibat.

Ajk Krt Berkumpul dan Menyediakan Bahan-Bahan Sumbangan







Seramai 20 orang penduduk menerima sumbangan yang disediakan

Progam diakhiri dengan jamuan makan dirumah pengerusi krt.Terima kasih kepada semua yang terlibat moga program seperti ini akan terus dijalankan dalam membantu dan menjalinkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung.

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2016

Salam Sayang Dari PD Paya Kelubi Buat Adik-Adik Yang Menduduki Peperiksaan SPM 2016...Semoga Adik-Adik Semua Dapat Menjawabnya Dengan Mudah Dan Tenang....Amin..









Staf