Thursday, October 13, 2016

Maklumat Kampung

MAKLUMAT KAMPUNG

Nama asal kampung ini ialah Guar Panji, namanya ditukarkan kepada Kampung Paya Kelubi pada tahun 1968 bersempena dengan penubuhan cawangan UMNO.Dan Kawasan kampung ini juga di penuhi dengan Pokok Kelubi.Bersempena dengan nama pokok kelubi yang penuh disekitar kampung maka kampung ini diberi nama kampung Paya Kelubi.
Didalam kawasan kampung Paya Kelubi ini terdapat 3 buah pecahan kampung iaitu :-

a) Kampung Padang Gelam
b) Kampung Guar Panji
c) Kampung Paya Kelubi

Ketiga-tiga buah kampung ini diletakkan dibawah satu jawatan kuasa kampung iaitu JKKK Kampung Paya Kelubi.
Peneroka pertama kampung ini ialah pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Tok Ali dan Tok Sara bersama anak lelaki mereka bernama Long yang telah meneroka dianggarkan pada tahun 1950.Kawasan Kampung Paya Kelubi ini mempunyai lebih kurang 138 buah rumah yang didiami oleh kaum melayu.
Pada zaman dahulu,hasil keluaran kampung terdiri daripada hasil hutan seperti rebung, tembakau, pucuk-pucuk kayu dan buah berangan.Walau bagaimanapun pada masa sekarang keluaran utama kampung ialah mempelam ( harum manis ),padi, getah dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment